ICO (Initial Coin Offering) atau Initial Public Syiling (IPCO) adalah satu kaedah pengumpulan dana awam dalam usaha untuk menawarkan saham atau kepentingan syarikat bagi cryptocurrencies baharu, token dan servis. Konsepnya sama dengan IPO (Initial Public Offering) atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Saham Terbitan Awam.
Apa yang berbeza adalah ICO diperdagangkan ditalian internet tanpa sebarang kekangan, manakala IPO diterbitkan berpandukan syarat, lesen dan kawal-selia oleh perundangan dan Suruhanjaya Sekuriti.
Dalam kempen ICO, cryptocurrency yang dijual kepada penyokong awal projek ini diberi nilai tertentu sebagai pertukaran dengan matawang konvensional (fiat currencies) atau cryptocurrencies bernilai tinggi seperti Bitcoin, Etherium, Litecoin dan seumpamanya. Ini akan memberi nilai permulaan kepada cryptocurrency yang baharu ini. Setelah tempoh ICO tamat, ianya akan diperdagangkan dipasaran yang bakal menentukan nilai masa hadapan samaada semakin meningkat atau sebaliknya.
Firma yang menawarkan saham ini akan mewujudkan pelan cadangan mereka pada kertas putih (white paper) dengan menyatakan cadangan teknikal dan kewangan bagi kelansungan projek ini. Antara intipati utama ‘white paper’ adalah senarai keperluan projek, berapa banyak dana awam yang diperlukan untuk perlaksanaan, kaedah pembahagian untung, jenis matawang crypto-currency dan tempoh masa sebelum tawaran ICO tamat. Jumlah pembahagian untung selalunya akan di edarkan pada hujung tahun berpandukan untung-rugi firma berkenaan.
Contoh projek ICO yang berjaya yang menguntungkan pelabur awal adalah seperti platform kontrak pintar Ethereum. Pada tahun 2014, projek Ethereum berjaya mengumpul $ 18 juta Bitcoins dengan $ 0.40 per Eter. Nilai eter telahpun naik setinggi $ 14 se Eter dengan permodalan pasaran melebihi $ 1 bilion dan ini telah memberi keuntungan besar kepada pelabur permulaan ketahap jutawan segera.
Walaubagaimanapun terdapat kempen ICO yang berbentuk penipuan. Oleh itu pelabur dinasihatkan untuk menyemak latarbelakang firma ICO ini dengan mendapat nasihat dari pelabur lain di internet sebelum sebarang pelaburan dijalankan. Ini kerana dana yang hilang akibat inisiatif penipuan tidak dapat dikembalikan semula.
Berikut adalah sebahagian laman web yang menyenaraikan aktiviti dan syarikat yang sedang menawarkan ICO -
https://www.smithandcrown.com/icos/
Sharing is Caring :