Secara ringkas, Bitcoin-BTC dan Ethereum-ETH boleh diperoleh melalui 3 cara ,iaitu sama ada dengan membelinya di laman pertukaran matawang crypto-currencies (crypocurrencies exchange marketplace), menerimanya secara terus dari pengguna lain samaada individu, syarikat atau laman web (direct pier to pier transfer) atau dengan cara melombong BTC/ETH tersebut (BTC/ETH mining)
Melombong Secara Terus
Kaedah melombong ini tidaklah seperti melombong emas atau amang, tetapi aktiviti melombong ini dijalankan dengan menggunakan perisian cakera keras (hardware) dan alatan komputer khusus yang berkaitan yang berkapasiti tinggi dan juga perlu menggunakan bekalan tenaga elektrik yang banyak. Satu perisian dan alatan melombong dipasang di komputer dan persamaan algoritma yang kompleks perlu diselesaikan bagi mendapat sejumlah BTC/ETH. Rekod paling tinggi yang pernah dicapai ialah 25 bitcoin dalam masa 10 minit.
Jika anda berminat untuk melombong Bitcoin, saya mengesyorkan anda untuk membeli mesin melombong jenama Bitmain model Antminer S9 yang kini terhangat dipasaran. Ianya berkapasiti 13-14 THs/s dengan harga sekitar RM14,500 ke RM20,000 seunit.
Bergantung kepada kapayahan- 'difficulties', lombong, dan nilai semasa Bitcoin, secara amnya pada waktu sekarang dengan nilai bitcoin dan ethereum yang tinggi, anda boleh mendapat pulangan balik modal seawal 1 ke 2 bulan.
Selain dari mesin melombong untuk Bitcoin, mesin khusus bagi perlombongan Ethereum, Bitcoin Gold, Ethereum, ZCash, Monero dan Wang Kripto (Crypto Currencies) yang lain juga boleh diperolehi secara pembelian online di kedai terkemuka seperti dinyatakan di bawah :
https://www.nextinnovationsg.com/mining-shop
https://www.blackarrowsoftware.com
Melombong Secara dalam Talian 'Cloud-Mining'
Anda boleh membeli dan memasang sendiri peralatan melombong ini di komputer anda, namun anda hanya balik modal sahaja jika jumlah jumlah untung dari perlombongan ini hanya cukup untuk membayar bil elektrik sahaja. Bil elektrik yang tinggi adalah kerana keperluan penggunaan untuk 'melombong mesin' dan penghawa dingin untuk menyejukkan komputer yang melombong. Faktor bunyi kuat dan pengudaraan dari operasi mesin ini juga menjadi sebab sesetengan tidak menggemari kaedah ini.
Oleh itu, kebanyakan pelombong beralih kepada cara 'outsource' dengan syarikat melalui website mereka yang menyediakan perkhidmatan melombong dalam talian 'cloud mining' ini. Anda hanya perlu membeli kapasiti kuasa perlombongan untuk mengumpul hasil bitcoin. Hasil perlombongan ini bergantung kepada kapasiti kuasa yang anda sewa dalam unit Hash/Second (H/s).
Anda boleh malabur untuk melombong dengan serendah $2.20 per Giga H/s. Padamasa harga Bitcoin/Ethereum yang sedang tinggi waktu ini, biasanya anda akan balik modal selewatnya selepas 3 bulan atau kurang. Contohnya bagi setiap $50 yang dilabur, anda bakal menperoleh pulangan balik modal $50 itu selewatnya pada bulan ke 3 . Dari bulan ke 4 sehinggalah bulan ke 12 ianya adalah keuntungan yang bakal diperolehi. Ianya sememangnya tinggi dari pulangan melabur di ASB jika harga Bitcoin/Ethereum ini masih tinggi dan masih ada nilai/permintaan seperti waktu sekarang.
Bergantung kepada 'Cloud Miner' dan produk mereka, kontrak melombong ini ada kontrak seumur hidup (lifetime contract) dan ada juga secara kontrak tahunan. Hasil lombongan akan disalurkan ke akaun anda setiap hari dan anda boleh mengeluarkan hasil anda pada bila-bila masa tertakluk pada jumlah minima yang dibenarkan.
Kaedah pembayaran untuk khidmat 'cloud mining' amat senang kerana kebanyakannya menerima atm/debit dan kad kredit visa, mastercard dan american express sebagai kaedah pembayaran.
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat 'cloud-miner' terkenal yang menyediakan khidmat ini, bagi anda yang berminat :-
https://hashflare.io - pilihan utama disyorkan
https://pool.bitcoin.com
https://www.cryptomining.farm
https://crypterra.net
https://www.genesis-mining.com - guna kod tszm4b untuk diskaun 3%
https://pow8.com - sila pilih bahasa 'English'
Sharing is Caring :